Pasar Malam KL 2025: Lokasi dan Hari Dibuka


Sekiranya anda mencari pelbagai juadah menarik untuk makan malam sekitar Kuala Lumpur, Pasar Malam di sekitar KL merupakan antara lokasi menarik yang boleh anda pergi kerana disinilah terdapat banyak juadah yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pasar malam merupakan konsep pasar yang terdiri daripada gerai mudah alih yang bermula pada waktu petang sehingga waktu malam sahaja.

Namun, pastikan anda pandai mengawal nafsu kerana kita biasanya cenderung untuk berbelanja secara keterlaluan sehingga menyebabkan pembaziran apabila makanan dan minuman yang dibeli tidak dihabiskan.

Lokasi dan hari operasi pasar malam

Seperti mana yang anda tahu, kawasan Kuala Lumpur terletak di bawah penyeliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL.

Oleh itu, lokasi pasar malam dan hari operasi sesebuah pasar malam di KL adalah tertakluk pada kebenaran yang diberikan oleh pihak DBKL.

Setiap tahun lokasi dan hari operasi malam boleh dikatakan tidak berubah daripada tahun ke tahun dan berikut merupakan lokasi dan hari operasi pasar malam di kawasan sekitar KL:

Lokasi Parlimen Hari Beroperasi
Pasar Malam Jalan 30/10A, Taman Perindustrian IKS Batu Jumaat
Pasar Malam Jalan Kangsar Off Jalan Ipoh Batu Isnin
Pasar Malam PKNS Jalan Kuching Batu Khamis
Pasar Malam PPR Batu Muda Batu Khamis & Selasa
Pasar Malam Sentul Pasar Dalam 4B Batu Jumaat
Pasar Malam Taman Beringin Batu Rabu
Pasar Malam Taman Dato Senu Batu Selasa
Pasar Malam Taman Intan Baiduri Batu Selasa
Pasar Malam Jalan Manjoi, Taman Kok Lian Batu Selasa
Pasar Malam Taman Koperasi Polis Fasa  2 Batu Isnin
Pasar Malam Taman Koperasi Polis Fasa  1 Batu Sabtu
Pasar Malam Taman Mastiara Batu Jumaat
Pasar Malam Taman Sri Murni Batu Isnin
Pasar Malam Jalan 20/2A, Taman Wilayah, Selayang Batu Jumaat
Pasar Malam Jalan Sibu 6, Taman Wahyu Batu Jumaat
Pasar Malam Flat Sri Terengganu, Sentul Batu *Tiada maklumat
Pasar Malam Jalan K, Taman Bat, Segambut Batu *Tiada maklumat
Pasar  Malam Pekan Sg Besi Bdr Tun Razak Rabu  & Sabtu
Pasar Malam Desa Tun Razak Bdr Tun Razak Jumaat
Pasar Malam Jalan Bangsawan  Bdr Tun Razak Selasa
Pasar Malam Jalan Jujur   Bdr Tun Razak Isnin & Khamis
Pasar Malam Kg Malaysia Tambahan   Bdr Tun Razak Rabu
Pasar Malam Seri Penara Bdr Tun Razak Isnin & Jumaat
Pasar Malam Jalan 4/146, Bandar Tasek Selatan Bdr Tun Razak *Tiada maklumat
Pasar Malam Jalan Ikan Emas, Cheras Bdr Tun Razak *Tiada maklumat
Pasar Malam Jalan Berhala Bukit Bintang Khamis
Pasar Malam Lorong Tuanku Abd Rahman Bukit Bintang Sabtu
Pasar Malam Lorong Tar Bukit Bintang Sabtu
Pasar Malam Jalan Berhala, Brickfield Bukit Bintang Khamis
Pasar Malam Taman Ikan Emas Cheras Khamis
Pasar Malam Flat Sri Selangor Cheras Ahad
Pasar Malam Jalan Kas Kas Cheras Khamis
Pasar Malam Lorong Jubilee Cheras Jumaat
Pasar Malam Miharja Fasa 1 Cheras *Tiada maklumat
Pasar Malam Miharja Fasa 2 Cheras Isnin
Pasar Malam PPR Sri Alam Fasa 2 Cheras Khamis
Pasar Malam Taman Midah Cheras Sabtu
Pasar Malam Taman Pertama Cheras Selasa
Pasar Malam Taman Segar Cheras Jumaat
Pasar Malam Taman Tynton View Cheras Khamis
Pasar Malam Jalan 1/40 Taman Pusat Kepong      Kepong  Khamis
Pasar Malam Jalan 133, Kepong Kepong  Selasa
Pasar Malam Jalan Kelab, Jinjang Kepong  Sabtu
Pasar Malam Jalan Metro Prima 3 Kepong  Khamis
Pasar Malam Mergastua Kepong  Ahad
Pasar Malam Taman Titikaya Kepong  Ahad
Pasar Malam Flat Sri Pahang Lembah Pantai Rabu
Pasar Malam Jalan Ang Seng Lembah Pantai Jumaat
Pasar Malam Jalan Telawi Lembah Pantai Ahad
Pasar Malam Kg Abdullah Hukum Lembah Pantai Khamis
Pasar Malam Taman Sri Sentosa, Klang Lama Lembah Pantai Khamis
Pasar Malam Vista Angkasa Lembah Pantai Isnin & Jumaat
Pasar Malam Jalan Pantai Permai Lembah Pantai Rabu
Pasar Malam Jalan Ang Seng, Brickfield Lembah Pantai *Tiada maklumat
Pasar Malam Jalan Kelapa Gading Segambut Ahad
Pasar Malam Jalan Kg Taman Batu Segambut Rabu
Pasar Malam Kg Kasipillay Segambut Selasa
Pasar Malam Kg Sungai Penchala Segambut Rabu
Pasar Malam Desa Seri Mahkota Segambut *Tiada maklumat
Pasar Malam Sri Kuching      Segambut Ahad
Pasar Malam Taman Kok Doh Segambut Jumaat
Pasar Malam Taman Sri Bintang Segambut Sabtu
Pasar Malam Taman Tun Dr Ismail Segambut Ahad
Pasar Malam Udang Siar Segambut Sabtu
Pasar Malam Jalan 1/109F, Taman Desa Seputeh Khamis
Pasar Malam Jalan Hujan Emas, Oug Seputeh Khamis
Pasar Malam Jalan Lazat, Taman Gembira Seputeh Sabtu
Pasar Malam Jalan Selesa, Taman Gembira Seputeh Ahad
Pasar Malam Kuchai Entrepeneurs Park Seputeh Rabu
Pasar Malam Taman Bukit Gembira Seputeh Isnin
Pasar Malam Taman Desa (Water Park) Seputeh Jumaat
Pasar Malam Taman Sri Endah Seputeh Sabtu
Pasar Malam Taman Sri Petaling Seputeh Selasa
Pasar Malam Taman Sungai Besi Seputeh Sabtu
Pasar Malam Jalan Gempita, Salak Selatan Seputeh *Tiada maklumat
Pasar Malam AU2 Taman Keramat Setiawangsa Sabtu
Pasar Malam Jalan Air Bah Setiawangsa Selasa
Pasar Malam Jalan Air Panas Setiawangsa Isnin
Pasar Malam Jalan Rejang Setiawangsa Sabtu
Pasar Malam Jalan Semarak Setiawangsa Ahad
Pasar Malam Keramat Wangsa Setiawangsa Sabtu & Selasa
Pasar Malam Sek 10, Wangsa Maju Setiawangsa Rabu
Pasar Malam Taman Sri Rampai Setiawangsa Khamis
Pasar Malam Desa Pandan Titiwangsa Isnin
Pasar Malam Jalan Chemur Pekeliling Titiwangsa Selasa
Pasar Malam Jalan Perkasa Taman Maluri Titiwangsa Ahad
Pasar Malam Wirawati Titiwangsa Rabu
Pasar Malam Gombak 1A, Sri Kedah Wangsa Maju Selasa
Pasar Malam Jalan 1A/6, Setapak Indah Wangsa Maju Khamis
Pasar Malam Seksyen 1 Wangsa Maju Wangsa Maju Isnin
Pasar Malam Taman Melati Wangsa Maju Jumaat

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan pada senarai di atas, anda boleh maklumkan kepada kami untuk dikemaskini maklumat yang dipaparkan dalam jadual di atas.

Artikel berkaitan: Senarai Pasar Malam Selangor

eLesen: Permohonan permit Pasar Malam

Bagi penjual yang berminat untuk mendapatkan permit pasar malam di sekitar KL, anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan permit daripada pihak DBKLSA.

Permohonan permit ini boleh dibuat melalui sistem eLesen di alamat https://elesen.dbkl.gov.my/

Selain permit pasar malam, melalui sistem eLesen juga anda boleh memohon pelbagai jenis permit berniaga di sekitar KL seperti permit penjaja, permit pelelong dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk urusan permohonan / pembayaran lesen secara online, sila berhubung dengan pegawai berikut melalui salah satu kaedah berikut:

Soalan Lazim Pasar Malam KL

1. Apakah hari dan waktu operasi lazim Pasar Malam KL?

Pasar malam di KL beroperasi pada hari-hari yang berbeza mengikut lokasi. Kebanyakan pasar malam bermula seawal jam 4:00 petang atau 5:00 petang dan berakhir sekitar jam 10:00 malam hingga 11:00 malam. Tiada satu hari operasi yang sama untuk semua pasar malam; setiap pasar malam mempunyai hari dan waktu operasinya yang tersendiri.

2. Di manakah saya boleh mendapatkan senarai terkini lokasi dan hari operasi Pasar Malam KL?

Untuk senarai yang paling tepat dan terkini, anda disarankan untuk merujuk laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di https://www.dbkl.gov.my/fasiliti-awam/pasar-malam. Laman ini dikemaskini secara berkala dengan maklumat lokasi, parlimen, dan hari operasi pasar malam di bawah seliaan DBKL.

3. Apakah jenis barangan yang biasanya dijual di Pasar Malam KL?

Pasar malam di KL menawarkan pelbagai jenis barangan. Anda boleh menemui pelbagai jenis makanan dan minuman tempatan (seperti kuih-muih, nasi lemak, char kuey teow, sate), buah-buahan dan sayur-sayuran segar, pakaian (kasual, Muslimah, kanak-kanak), aksesori, barangan rumah, mainan, dan kadang-kadang juga gajet atau barangan terpakai yang unik.

4. Adakah pasar malam di KL dibuka sepanjang tahun?

Pasar malam di Kuala Lumpur dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mereka mengeluarkan lesen kepada peniaga, menetapkan lokasi, masa operasi, dan piawaian kebersihan. Peniaga perlu memohon permit sah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

5. Adakah terdapat masalah parkir atau pengangkutan awam untuk ke Pasar Malam KL?

Masalah parkir boleh menjadi cabaran di beberapa lokasi pasar malam, terutamanya yang popular atau terletak di kawasan bandar yang padat. Anda mungkin perlu mencari tempat letak kereta di bahu jalan atau di tempat letak kereta berbayar berdekatan. Untuk mengelakkan masalah parkir, sangat disarankan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel, atau bas (RapidKL) jika lokasi pasar malam berdekatan dengan stesen atau hentian yang sesuai.



Source link

Previous Article

Senarai Pasukan & Pemain Malaysia

Next Article

Pasar Malam Shah Alam 2025: Lokasi dan Hari Dibuka

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨