Badminton Terbuka Jepun 2025 kembali mewarnai pentas sukan dunia dengan menyajikan aksi-aksi hebat daripada barisan pemain elit antarabangsa.
Kejohanan berprestij ini menjadi tumpuan peminat badminton yang ingin mengikuti perkembangan semasa, jadual perlawanan dan keputusan terkini secara langsung.
Saksikan detik-detik mendebarkan dalam artikel ini yang akan dikemas kini sepanjang kejohanan berlangsung.
Pengenalan Badminton Terbuka Jepun 2025


Badminton Terbuka Jepun 2025 merupakan salah satu kejohanan berprestij dalam kalender Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang menghimpunkan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara di salah satu gelanggang paling kompetitif di Asia.
Kejohanan ini dijadualkan berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun, dengan menawarkan mata kelayakan penting untuk ranking dunia dan juga hadiah wang tunai yang lumayan.
Dikenali dengan penyertaan bintang-bintang ternama seperti Viktor Axelsen, An Se Young, dan pasangan beregu handalan dari Malaysia, Badminton Terbuka Jepun bukan sahaja menjadi tumpuan peminat sukan raket, malah turut menyajikan aksi-aksi sengit yang penuh strategi dan kepantasan.
Edisi 2025 dijangka lebih menarik dengan penyertaan bakat-bakat muda yang ingin mencipta nama di pentas antarabangsa, sekaligus menjadikan kejohanan ini sebagai medan penting dalam mencorakkan landskap badminton dunia.
Tarikh & Lokasi
Untuk Badminton Terbuka Jepun 2025 edisi kali ini, ia akan berlangsung dengan ketetapan berikut:
- Lokasi: Tokyo Metropolitan Gymnasium, 1-17-1, Sendagaya, Shibuya-ku
- Tarikh: 15 hingga 20 Julai 2025




Senarai Pemain Malaysia
PERSEORANGAN LELAKI
- Leong Jun Hao
BEREGU LELAKI
- Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
- Aaron Chia-Soh Wooi Yik
- Man Wei Chong-Tee Kai Wun
- Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
- Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
- Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
BEREGU PEREMPUAN
- Pearly Tan-M. Thinaah
- Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
- Ong Xin Yee-Carmen Ting
BEREGU CAMPURAN
- Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
- Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
- Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
- Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
Jadual Perlawanan


Keputusan Perlawanan [R16 & QF]
R16
BEREGU LELAKI
- Ong Yew Sin-Teo Ee Yi MENANG ke atas beregu USA, Chen Zhi Yi-Presley Smith dengan mata (19-21 21-14 21-19)
- Azriyn Ayub-Tan MENANG ke atas beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan mata (21-16 15-21 21-19)
- Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani MENANG ke atas beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dengan mata (21-19 21-18)
- Man Wei Chong-Tee Kai Wun MENANG ke atas beregu China, Huang Di-Liu Yang dengan mata (21-19 14-21 22-20)
BEREGU PEREMPUAN
- Pearly Tan-M Thinaah MENANG ke atas beregu Chinese Taipei, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu dengan mata (21-14 21-16)
BEREGU CAMPURAN
- Goh Soon Huat-Shevon Lai MENANG ke atas beregu Singapura, Terry Hee-Jin Yu Jia dengan mata (21-14 21-17)
- Chen Tang Jie-Toh Ee Wei MENANG ke atas beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dengan mata (17-21 21-16 21-12)
- Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin TEWAS kepada beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dengan mata (9-21 6-21)
Suku Akhir
BEREGU LELAKI
- Man Wei Chong-Tee Kai Wun TEWAS kepada beregu Korea, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dengan mata (13-21 21-18 13 21)
BEREGU CAMPURAN
- Chen Tang Jie-Toh Ee Wei MENANG ke atas beregu Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dengan mata (21-14 21-12)
- Goh Soon Huat-Shevon Lai TEWAS kepada beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dengan mata (21-13 23-21)
Siaran Langsung (LIVE) Badminton Terbuka Jepun 2025
Perlawanan LIVE boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di https://rtmklik.rtm.gov.my/, atau:
Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari Prospektus Rasmi dalam laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/
Baca juga: