Jenis, Contoh Perkataan, Nota & Latihan


Seperti Bahasa Melayu yang mempunyai imbuhan awalan, tulisan jawi juga mempunyai imbuhan awalan jawi.

Bagi murid yang mempelajari pembelajaran ini, berikut adalah penerangan mengenai imbuhan ini.

Mengenai Imbuhan Awalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan imbuhan awalan berada di depan kata dasar.

Imbuhan ini secara umumnya dapat difahami sebagai imbuhan yang berada di awal perkataan.

Seperti Bahasa Melayu, terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, penyisipan, apitan, dan akhiran.

Jenis Imbuhan Awalan

Terdapat beberapa imbuhan ini adalah seperti berikut:

Imbuhan Jawi
Se س
Ke ک
Di د
Be ‫ب
Ber بر
Me م
Mem مم
Men من
Meng مڠ
Pe ڤ
Per ڤر
Pem ڤم
Pen ڤن
Peng ڤڠ
Te ت
Ter تر

Contoh Perkataan

Untuk memahami dengan lebih mendalam, ia boleh difahami dengan melihat contoh-contoh perkataan ini:

Imbuhan Kata Dasar Contoh Perkataan
س
Se
رومڤون
Rumpun
سرومڤون
Serumpun
ک
Ke
دوا
Dua
کدوا
Kedua
د
Di
چنتس
Cantas
دچنتس
Dicantas
ب
Be
راج
Raja
براج
Beraja
بر
Ber
جالن
Jalan
برجالن
Berjalan
م
Me
لاکر
Lakar
ملاکر
Melakar
مم
Mem
بله
Belah
ممبله
Membelah
من
Men
توليس
Tulis
منوليس
Menulis
مڠ
Meng
كاله
Kalah
مڠاله
Mengalah
ڤ
Pe
روسق
Rosak
ڤروسق
Perosak
ڤر
Per
اوتوسن
Utusan
ڤراوتوسن
Perutusan
ڤم
Pem
باريس
Baris
‏ڤمباريس‎‎
Pembaris
ڤن
Pen
داڤت
Dapat
ڤنداڤت
Pendapat
ڤڠ
Peng
هالڠ
Halang
ڤڠهالڠ
Penghalang
ت
Te
رنده
Rendah
ترنده
Terendah
تر
Ter
باکر
Bakar
ترباکر
Terbakar

Nota Ringkas

Nota ringkas bagi pembelajaran ini boleh dilihat menerusi file di bawah:

Contoh Latihan

Contoh latihan bagi imbuhan ini boleh dilihat seperti contoh di bawah:

Baca juga: Suku Kata Tertutup Jawi: Belajar & Panduan Cara Baca Jawi



Source link

Previous Article

Jerebu di Malaysia 2025 : Status Terkini dan Panduan Tindakan

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨