Sabah, Are You Ready? Karnival KPDN & Kempen Beli Barangan Malaysia Kini Kembali
Haa… Berita baik buat orang Sabah! Karnival paling happening anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal singgah ke negeri di bawah bayu. Kali ini, Ranau akan menjadi tuan rumah untuk Zon Sabah — confirm meriah!
Program ni bukan sekadar info pasal KPDN, tapi penuh dengan aktiviti menarik, jualan, hiburan, peluang cari kerja kosong dan banyak lagi. Sesuai untuk semua peringkat umur, dari budak sekolah, remaja, belia sampailah ke mak ayah sekali.
Jom kami kongsikan apa yang menarik di sana nanti.


Pengenalan Karnival KPDN 2025 & Karnival Beli Barangan Malaysia Zon Sabah
Program Jelajah Karnival KPDN 2025 & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah ini merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang kini telah memasuki tahun ke-2.
Ia bertujuan memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan yang diberikan oleh KPDN.
Melalui program ini, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai acara dan pengisian selain didedahkan mengenai advokasi kepenggunaan, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), Inisiatif Payung RAHMAH yang merangkumi Jualan RAHMAH MADANI dan Menu RAHMAH serta penguatkuasaan dan perdagangan dalam negeri yang dijalankan oleh Kementerian ini.


Tarikh, Waktu & Lokasi
Save the date, guys! Karnival KPDN 2025 & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah akan berlangsung pada ketetapan berikut:
- Tarikh
- 25 hingga 27 Julai 2025 (Jumaat – Ahad)
- Masa
- Jumaat dan Sabtu – 9.00 pagi hingga 10.00 malam
- Ahad – 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang
- Tempat : Pekarangan, Kompleks Sukan Ranau
- Masuk percuma & parking pun luas – jadi jangan risau nak datang satu keluarga!
Apa Yang Best di Karnival KPDN & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah 2025?
Kalau korang tak datang, memang rugi besar! Banyak sangat aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Boleh shopping, cari kerja, join pertandingan, tengok artis perform, dan macam-macam lagi.
Pendek kata, program ini bukan sekadar hiburan, tapi juga ada pelbagai pengisian bermanfaat untuk setiap peringkat umur.
Antaranya aktiviti yang dirangka untuk semua termasuklah:
- Jualan RAHMAH MADANI
- Barang keperluan dijual 10% – 30% lebih murah dari harga biasa. Ada juga Menu RAHMAH — makanan kenyang harga bawah RM5!
- Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)
- Support produk tempatan, terutamanya hasil tangan usahawan Sabah. Shopping sambil bantu ekonomi lokal? Yes please!
- Karnival Kerjaya MyFutureJobs
- Tengah cari kerja? Datang terus ke booth kerjaya yang dibawa khas dengan kerjasama PERKESO! Ada banyak peluang pekerjaan daripada majikan sektor awam & swasta, sesuai untuk semua latar belakang.
- Sesi Pocket Talk & Forum
- Nak tahu hak anda sebagai pengguna? Jom dengar perkongsian dari pihak KPDN & NACCOL. Banyak ilmu & info berguna. Program ini diadakan khusus untuk kesedaran pengguna dan pendidikan masyarakat
- Persembahan Artis Popular
- Siapa artis jemputan? Ada Bella Astillah, Atmosfera Band, Elica Paujin, Sawadee Krapp Band, Renewar Band, dan banyak lagi! Jangan lupa datang awal kalau nak duduk depan.
- Pertandingan Menarik Untuk Semua
- Daripada Gusti Lengan, Bintang Kecil KPDN, Pertandingan Mewarna, E-Sports sampai ke Band Showdown – semua boleh join! Nak tunjuk bakat? Inilah masanya!
- Reruai Kementerian & Agensi
- Banyak booth Kementerian dan Agensi Kerajaan untuk dilawati tau. Memang meriah
- Cabutan Bertuah
- Nak menang hadiah? Datang je, daftar, dan mana tahu rezeki menyebelahi anda… Cabutan bertuah eksklusif kali ni menawarkan hadiah yang paling gempak ye! Kalau nak tahu, kali ni ada hadiah utama berupa sebuah Perodua Alza 1.5L (H), Proton S70 1.5T Premium dan motosikal Modenas Karisma EX 125, hasil tajaan rakan strategik iaitu Perodua, Proton dan Modenas.
Jom daftar cepat-cepat sebelum penuh!














Maklumat Lanjut Karnival KPDN 2025
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini berkaitan program serta jadual aktiviti penuh, orang ramai boleh mengikuti saluran rasmi media sosial rasmi Facebook, Instagram, Tiktok dan X KPDN.
Jom beli lokal, Ikhtiar K.I.T.A Untuk Semua!