Jerebu di Malaysia 2025 : Status Terkini dan Panduan Tindakan


Jerebu di Malaysia kembali menjadi isu utama pada tahun 2025 apabila beberapa negeri di Semenanjung dilanda keadaan berjerebu yang semakin membimbangkan.

Fenomena ini berpunca daripada jerebu rentas sempadan yang dibawa oleh tiupan angin dari kawasan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera.

Artikel ini akan mengupas status terkini jerebu di Malaysia serta langkah-langkah penting yang boleh diambil oleh orang ramai bagi melindungi diri dan keluarga daripada kesan buruk pencemaran udara ini.

KENYATAAN MEDIA
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM

19 JULAI 2025

JEREBU RENTAS SEMPADAN

Merujuk kepada pencerapan yang dilakukan oleh MET Malaysia, jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Berdasarkan analisis daripada imej satelit NOAA-20 pada 18 Julai 2025, laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumatera yang berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu berkenaan yang dibawa oleh tiupan angin barat daya. MET Malaysia tidak menjangkakan sebarang cuaca hujan atau perubahan arah tiupan angin bagi mengurangkan kesan jerebu berkenaan dalam tempoh beberapa hari ini.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk dan pencemaran terhadap alam sekitar. Orang ramai turut dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih menerusi laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia atau menghubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber:
DR. MOHD HISHAM BIN MOHD ANIP
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

jerebujerebu

Laporan Status Kualiti Udara dan Jerebu Dalam Negara

Apa itu Jerebu

Jerebu merupakan satu fenomena pencemaran udara yang berlaku apabila partikel-partikel halus seperti debu, asap, dan bahan pencemar lain terkumpul di atmosfera dalam kepekatan tinggi sehingga mengurangkan jarak penglihatan dan menjejaskan kualiti udara.

Ia sering berpunca daripada pembakaran terbuka, kebakaran hutan, pelepasan asap industri, dan asap kenderaan.

Partikel halus ini, terutamanya yang berukuran kurang daripada 10 mikron (PM10) atau 2.5 mikron (PM2.5), boleh masuk ke dalam saluran pernafasan dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti asma, sesak nafas, serta iritasi mata dan tekak.

Jerebu bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan manusia, tetapi juga menjejaskan alam sekitar, sektor pelancongan, pengangkutan udara, dan ekonomi secara keseluruhan.

Di Malaysia, jerebu sering dikaitkan dengan pembakaran hutan di negara jiran yang dibawa masuk oleh tiupan angin rentas sempadan.

Gejala Kesihatan Kerana Jerebu

jerebujerebu
jerebujerebu
jerebujerebu
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nilai IPU & Tindakan

jerebujerebu
jerebujerebu
Kredit: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Senarai Kawasan / Negeri IPU Tidak Sihat

Berdasarkan data dari MyEQMS, setakat pukul 5 petang tadi, 19 Julai 2025, berikut adalah catatan nilai IPU untuk negeri-negeri di Malaysia, Sabah dan Sarawak.

  • Hijau : Sederhana
  • Kuning : Tidak Sihat
  • Biru : Sihat

Kawasan yang Mencatat Nilai IPU Sederhana

Kawasan yang Mencatat Nilai IPU Tidak Sihat

Kawasan yang Mencatat Nilai IPU Sihat

Muat Turun Aplikasi myCuaca

Aplikasi mudah alih myCuaca telah diperkenalkan pada 23 Mac 2015 oleh MET Malaysia sebagai saluran rasmi untuk menyampaikan maklumat dan amaran cuaca kepada orang awam.

Ia menyediakan pelbagai informasi penting seperti jerebu, ramalan cuaca harian, amaran cuaca, imej radar cuaca semasa, imej satelit terkini, serta maklumat berkaitan gempa bumi dan tsunami.

Aplikasi ini dibangunkan khusus bagi tujuan penyebaran maklumat kritikal yang berkaitan dengan keadaan cuaca dan bencana alam.

Orang ramai boleh memuat turun myCuaca secara percuma melalui Google Play dan App Store.

Baca juga:



Source link

Previous Article

Daun Selom - Fakta, Nutrisi dan Kegunaannya dalam Diet Harian

Next Article

Jenis, Contoh Perkataan, Nota & Latihan

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨